Hari ini cuti New Year, sambil berbaring di bilik aku hantarkan sms ucapan New Year kepada semua nombor yang tersimpan dihp. Menarik sungguh & terasa bersemangat menerima balasan dari mereka..bertalu-talu sms masuk. Pelbagai ragam, ada gambar, pantun dan lawak jenaka..memang kreatif betul mereka semua tu..
Dan yang lebih menarik lagi sms yang aku hantar kepada mentor terus dibalasnya dengan panggilan telefon..lama juga kami berbual, dari satu topik ke satu topik lainnya...
Berhenti makan dikala sedang sedap makan..
Satu cara untuk melatih diri menahan nafsu & belajar bersabar. Khabarnya ini adalah amalan Tun Dr Mahathir. Tak dapat dibayangkan macamana rasanya untuk berhenti makan dikala sedang sedap makan, sebab biasanya bila dah puas dan kenyang baru aku berhenti. Alahai...latihan ini memang mencabar, tapi aku berazam untuk melakukannya kerana tempias kebaikannya boleh dimanfaatkan dalam banyak bidang kehidupan. Sesuai sungguh untuk mereka2 yang selalu nak cepat dapat hasil dan kurang sabar...macam aku le..hehe
Cinta dunia
Memang betul, kerana terlalu sukakan sesuatu, kita akan melakukannya secara berlebih-lebihan. Sejak kebelakangan ini, aku semacam dah jatuh cinta dengan forex ni, sampaikan duduk dalam masjidpun teringatkan forex.Kadang2 makanpun depan pc, mata dok pandang price sedang mulut kunyah nasi, makin laju price bergerak makin laju pula aku makan...dah beberapa kali juga tersedak dok makan sambil tengok price ..hai kes teruk ni. Aku perlu bahagikan masa untuk melayan forex dan kehidupan lainnya. Pernah aku terbaca tulisan seorang forex trader yang berjaya dalam ebook yang dihadiahkan oleh mentor, katanya "Trading shouldn't be your life, trading should be only part of your life.." Kalau orang bukan Islam boleh berkata begitu, apatah lagi kita sebagai orang Islam yang yakin tentang kehidupan akhirat yang luar biasa hebatnya..Oh!...Astagfirullah...
Sabar & disiplin
Benar kata mentor, tak dapat capai 1 tahun, 2 hingga 3 tahun tercapai pun Alhamdulillah.Tak perlu terburu2 & stress. Kita bersyukur dengan rezeki hari ini. Esok masih ada lagi...
20pips sehari memang boleh dicapai...dan telah berpuluh kali aku mencapainya.
Kalau dengan modal usd25 capai 20pip dapat untung $2 sehari, dan bila modal dah besar nanti contohnya USD2500, capai 20pip sehari dapat untung $200 sehari kalau tukar pada RM dan dekat RM700 sehari dan kalau trade 20 hari sebulan tak ke dah RM14,000 sebulan?
RM14,000 sebulan?Kalau setakat normal lifestyle..dah tak habis makan tu..
Aku berazam untuk menjadi lebih cool & bersyukur dalam setiap bidang kehidupan, terutamanya untuk menyelesaikan MissionPossible yang telah aku rancang pada tahun ini.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment