Thursday, January 1, 2009

HARI KE-306 (MARGIN CALL-kali ke -10)

Semalam aku belajar bagaimana mengira garis Pivot, Suppport & Ressistan. Setelah mengalami margin call kali ke-9, sebenarnya aku juga sudah masukkan deposit kesekian kalinya. Rancangan awal untuk start trade pada 5 january09 nanti.

Namun setelah belajar ilmu2 di atas(daripada ebook ), aku rasa satu macam punya grairah untuk trade. Aku pun gunakan akaun demo (usd5000) untuk trade, memang untung, dapatlah usd800. Market kelihatannya menarik, maka aku pun buka akaun real itu dan terus trade. Matlamat untuk selesaikan MissionPossibe 1 yang dah 2 kali gagal iaitu untuk gandakan usd25 menjadi usd50 dalam sebulan.

Trade punya trade , modal usd25 tu dah jadi usd40. Maka aku pun stop sebab hanya tinggal usd10 sahaja untuk selesaikan Mission 1 itu, tambahan pula ada berbaki 30 hari lagi untuk trade. Logiknya setakat nak cari usd10 dalam 30 hari itu memang boleh sangat.

Lepas isyak aku pun saja2 baca e-mail, tiba-tiba datang rasa teringin pulak nak trade, dan bila tengok market memang rasa confident. Maka dengan gelojohnya aku pun enter market (sell)6 lot... dan tiba2 tanpa di sangka2 market revers 40 pip dalam masa beberapa saat. Aku jadi terkejut kodok terus tak leh buat apa2....Margin call lagi bagi kali ke-10.

Baki modal usd6 tu, dapat aku enter lagi (buy) satu lot , lantaklah nak jadi apa...for sure kena margin call kali yang ke-11 tu..(hari ni market tutup sebab New Year)

Kesimpulannya.
1)Orang tamak memang selalu rugi

Sudah 3 kali percubaan untuk menyelesaikan MissioPossible 1, tapi masih belum berhasil. Tapi aku tetap yakin untuk menyelesaikannya. Apa yang berlaku selama ini adalah kerana kekurangan ilmu dan kesalahan yang disengajakan sendiri.

Maka aku akan bermula sekali lagi untuk menyelesaikan MissionPossible 1 pada minggu hadapan.

Dan aku melihat cabaran sebenar untuk menyelesaikan MissionPossible ini adalah datang dari diri sendir.
Kekuatan untuk taat pada perancangan yang telah dibuat dan kesabaran untuk mengikutinya .Biar lambat asal selesai...rasanya lebih sesuai dipraktikan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H & 2009.

Matlamat (perniagaan forex) pada tahun ini adalah untuk menyelesaikan MissionPossible 1 hingga MissionPossible 12

No comments:

HARI-HARI SEMALAM