Saturday, March 14, 2009

HARI KE-379 (Setahun 14 hari )

Ye, Sudah setahun 14 hari aku bermusafir untuk mendapatkan pendapatan dari Internet. Sudah temui jalannya , namun masih belum punyai ilmunya. Maka kerugian demi kerugian masih aku tanggung. Inilah kerugian yang terkini. Margin call kali ke-16!

Wednesday, February 4, 2009

HARI KE-341 (MARGIN CALL LAGI!..KALI KE-15)

Setelah memikirkan beberapa perkara, aku cuba sekali lagi dengan USD25...namun akhirnya aku kena Margin Call lagi buat kali ke -15!

Aku mula berfikir secara mendalam. Berapa kali aku perlu mengalami Margin Call sebelum aku berjaya menyelesaikan MissionPossible ini?.

Aku perlu jadi bijak. Aku tidak akan mengulangi kesilapan dan kesalahan itu.

Aku simpulkan, daripada 15 kali pengalaman margin call itu, berikut adalah punca2 penyebabnya.

1)Over trade
2)Emosional
3)Trade pada keadaan market yang slow
4)Trade pada keadaan market yang tiada trend
5)Tidak menggunakan stoploss

Maka aku akan mengambil kesimpulan berikut.
1)Tidak akan trade di live acc selagi belum berjaya pada demo acc.
2)Aku akan anggap demo acc adalah real acc.
3)Trade menggunakan hanya 1% risk per trade

Aku ingin mendapatkan formula trade yang menguntungkan yang mempunyai ciri2 berikut:-
1)Simple methode
2)profit 100% a month


Berikut adalah beberapa strategi yang sedang dikenalpasti
1)Trade hanya 1 currency(GBP/USD)
2)Trade hanya satu hala (SELL)
3)Trade hanya satu time frame (M5)
4)Trade hanya 1% risk (50 pips)
5)Trade hanya 1% target profit (ratio 1:1)
6)Trade hanya 1 indicator (EMA)

Wednesday, January 28, 2009

HARI KE-334 (Margin Call lagi..kali ke 14!)

Hanya dalam masa sepuluh hari, impian yang indah itu lebur...
Inilah permulaan hari yang penuh dengan impian indah..
Setelah mengalami Margin call kali yang ke -14 ini, aku buat satu kesimpulan bahawa, ia berpunca dari Money Management yang lemah.
Aku mampu untuk mencipta trade-trade yang profit, namun akhirnya segalanya hancur berkecai hanya kerana beberapa trade yang loss. Andai aku menggunakan nasihat risk limited kepada 2% sahaja per trade, ianya memerlukan 50 trade yang loss untuk terkena margin call. Tanpanya dengan hanya 2-3 trade yang loss equity aku hancur lebur.
Aku rasa kecewa,sedih dan marah pada diri sendiri. Namun aku perlu bangkit kembali. Aku telah berjanji pada diri sendiri untuk terus bangkit menyelesaikan MissionPossible itu walau berapa kalipun aku jatuh!
Aku akan bermula sekali lagi. Namun aku perlu membuat keputusan untuk bermula dengan usd25 atau usd100...
Apa yang utama sekarang adalah untuk trade menggunakan stop loss 2% per trade.

Sunday, January 18, 2009

HARI KE-324 (Bermula dengan MissionPossible 4)

Hari ini aku mendepositkan buat kesekian kalinya untuk menyelesaikan MissionPossible yang belum selesai. Namun kali ini aku membuat pendekatan yang berbeza.Aku bermula sekali lagi dengan MissionPossible 4.

Aku akan jalankan rancangan Project 5 pips. Dengan fokus kepada project ini , secara tidak langsung MissionPossible juga turut diusahakan secara tidak langsung.

Aku cukup teruja menanti pagi esok, iaitu saat market dibuka untuk minggu baru. Target aku adalah untuk menyelesaikan 5o trade. Bermula Isnin hingga Jumaat, dengan purata trade adalah sebanyak 10 trade sehari.

InsyaAllah dengan pengalaman yang ada, aku cukup yakin untuk melakukannya dengan tepat. Target aku adalah untuk mendapatkan keuntungan usd400 itu, untuk membeli mini desktop yang terbaru jenama e-mechine yang telah aku survey pagi tadi di Jerteh. Ia cukup cute!. Berharga Rm1099 complete set!..Oh

Friday, January 16, 2009

PROJECT 5 PIPS (55 times profit!!!!)

Ini adalah hasil trade selama 12 jam, menggunakan strategi project 5 pips...
Kalau diperhatikan profit demi profit..di raih hanya dalam masa beberapa minit sahaja..

Secara keseluruhannya, 55 trade telah di lakukan, dan kesemuanya adalah profit!!!....


Hasil strategi project 5pips ini telah menambah keyakinan aku untuk mengatakan bahawa melakukan 10 trade sehari dengan profit hanya 5 pips setiap satunya adalah sangat2 logik dan sangat mudah untuk dicapai..
Kelebihan Strategi Project 5pips ini adalah:
1)Minda akan fokus untuk mendapatkan entry yang paling potensi untuk dapat 5 pips dalam masa beberapa minit sahaja (learn how to trade right!)
2)Membina kesabaran menunggu timing yang paling sesuai untuk entry
3)Menyelesaikan masalah stress ketika menunggu harga mencecah target profit ( contohnya 20pips dan ke atas..)
4)Memberikan kepuasan trade bagi orang yang suka banyak trade(target 10 trade/day..adalah sangat2 santai, dan stress free..)
5)Risk bermula dari 10% dan mengecil kepada 2.5% dihujung project
6)Boleh trade pada bila2 masa dan semua keadaan market (kerana pergerakan 5 pips adalah berlaku pada bila-bila masa..)
7)Dapat merasa hasil setiap bulan sambil menambah ekuiti (sila lihat post sebelumnya)
Planning masa depan?
Aku akan training untuk memahirkan lagi teknik project 5 pips ini selama 2 minggu lagi.Setelah benar2 yakin dan berpuas hati, aku akan bermula pada awal Feb 2009 untuk menyelesaikan MissionPossible buat kesekian kalinya.


PROJECT 5 PIPS


Inilah rancangan terbaru strategi untuk menyelesaikan MissionPossible yang sudah 13 kali gagal di selesaikan.
Aku akan bereksperiment keberkesanan teknik ini sehingga habis bulan January ini.
Aku akan mulakan sekali lagi usaha untuk menyelesaikan MissionPossible bermula bulan depan Feb2009.
InsyaAllah kali ini akan berjalan lancar.
Strategi di atas adalah satu teknik untuk menyelesaikan tempoh menunggu yang terlalu lama untuk menyelesaikan satu2 trade. Pada masa yang sama ia adalah satu kaedah yang sangat mudah untuk mendapatklan trade2 yang profit.
Strategi ini juga secara tidak langsung adalah untuk membina kesabaran.
Strategi ini lebih fokus untuk menyelesaikan tugasan berbanding untuk mengejar matlamat menyelesaikan Mission. Pun begitu apabila fokus untuk menyelesaikan tugasan, MissionPossible pula akan tercapai dengan sendirinya.
Teknik di atas juga membolehkan trade dalam apa juga keadaan market. Sama ada market slow atau laju. Sama ada sideways atau movement price yang lemah...semuanya akan selesai dengan Project 5 pips.

HARI KE-322 (MARGIN CALL LAGI...KALI KE-13

Dengan baki $40 itu, aku meneruskan memulakan sekali lagi untuk menyelesaikan MissionPossible 1. Dari pagi sampai ke petang, membawa ke malam akhirnya equity bertambah menjadi $67....namun sekali aku tidak dapat menahan diri untuk terus trade dan trade dan trade..sehingga aku tenggelam dalam keasyikan trade dan keserakan sehingga aku tersedar setelah margin call lagi....kali ke -13.

Aku rasa agak moody, tapi sebentar sahaja, aku percaya masalah untuk mendapatkan profit tidak lagi menjadi masalah cuma masalahnya sekarang adalah bagaimana untuk mengatasi ketagihan trade...!

Aku mesti mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah ini. Dan aku percaya tentu ada caranya....

Adik aku Fatah memaklumkan semalam telahpun berjaya menyelasaikan MissionPossible 2 dalam tempoh 3 hari!. Isteri aku pula bertanya setakat mana progress aku setakat ini..

Aku maklumkan aku masih dalam traning lagi, sudah tentu dia akan terperanjat kodok andai di ketahuinya aku dan 13 kali gagal dalam menyelesaikan MissionPossible...paling tinggi sehingga MP2..selepas tu margin call,dan lagi dan lagi....

Walau bagaimanapun aku tetap yakin , aku akan berjaya menyelesaikan MissionPossible itu..
Hanya beberapa langkah sahaja untuk menemui formula itu...

Ya Allah, mudahkanlah urusan ini...

HARI-HARI SEMALAM