Sunday, January 4, 2009

HARI KE-309 (MEMBACA)

Sejak 3 hari lepas, aku terus membaca dan terus membaca. Laman web www.fxddmalay.com aku buka berkali-kali.Setiap kali aku buka aku akan dapati pelajaran baru yang tidak aku perasan sebelumnya. Aku dapati terlalu banyak ilmu yang diberikan melalui web itu. Ilmu2 yang diberikan cukup berharga.Bukan saja mahal dari segi harga, malah cukup berharga dari segi nilainya, apatah lagi untuk trader baru seperti aku. Pengalaman trader2 professional yang berpengalaman berpuluh2 tahun dapat aku pelajari secara percuma!. Semakin banyak aku membaca & meniliti bahan2 pelajaran yang disediakan, semakin aku terasa betapa pentingnya ilmu sebelum mula trade menggunakan akaun nyata.

Aku bersyukur, kerana telah mempunyai tabiat suka membaca & membeli buku sejak awal lagi. Maka bahan2 pelajaran yang diberikan secara percuma itu benar2 aku hargai. Andai dicongak2 secara kasar sekalipun, kos bahan2 pelajaran yang diberikan secara percuma itu sudah mencecah beribu-ribu USD!, dan kalau ditukarkan kepada RM....?Berpuluh-puluh ribu ringgit telah diberikan dalam bentuk bahan2 pembelajaran untuk membantu aku menjadi seorang trader yang berjaya. Syukur Alhamdullilah, semoga Allah menambah lagi rezeki & keberkatan kepada semua orang yang terlibat dalam menyediakannya.

Indicator teknik 123profit
Semalam juga aku telah berjaya install indicator teknik 123profit yang telah diberikan secara percuma melalui laman web tersebut. Kelihatannya simple dan aku bertekad untuk memahirkannya, kerana menurut mentor itulah antara strategi trading yang digunakannya selama ini dan berhasil memberi keuntungan kepadanya.

E-book (Come into my trading room-a complete guide for trading by Dr Elexender Elder)
Sejak semalam aku membaca buku ini, pengarang yang sama untuk buku hebat "trading for a living"(yang belum habis aku baca lagi).Aku perasan ebook ini diletakkan dibahagian atas sekali dalam senarai alat2 pembelajaran.Maka aku berpendapat sudah tentu mereka yang menyediakannya merasakan buku ini adalah yang paling penting dan utama untuk dibaca dahulu.Setelah membaca buku ini sepintas lalu (tebalnya 322mks), memang benarlah sebagaimana tajuknya "a complete guide or trading", buku ini aku katogerikan sebagai mesti baca kepada sesiapa yang berhasrat trade for a living, iaitu mencari nafkah hidup dengan cara berdagang forex.

Penulis mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan buku ini, pesanan2 dan nasihat2 yang sangat berharga melalui pengalamannya trading for a living lebih dari 20 tahun. Bukan setakat itu, nasihat2 tersebut juga adalah hasil dari pengalaman trader dari pelbagai sektor, seperti bank,broker dan institusi yang seumpanya.Iaitu trader yang mengendalikan pelaburan yang beratus-ratus juta dollar. Malah penulis juga dijadikan pakar rujuk oleh institusi2 tersebut. Oleh itu aku sangat teruja untuk "extrac the juice" dari mereka semua!

Melalui bacaan sepintas lalu yang laju itu, aku dapati ada tiga perkara penting yang mesti dikuasai atau dimiliki oleh semua trader2 professional.
1)Mind
Mahir mengawal perasaan, jauh dari sifat tamak,gopoh,cuai dan lain2 sifat negetif yang berkaitan dengan perasaan).

2)Methode
Menguasai teknik trading tertentu yang boleh memberikan keuntungan yang konsisten.Malah mereka mempunyai rekod bertulis yang terperinci pada setiap trade yang dilakukan.

3)Money
Mahir mengurus kewangan mereka. Tidak terpengaruh emosi mereka dengan jumlah keuntungan atau kerugian. Disiplinnya adalah menghadkan hanya 2% kerugian (stop loss) bagi setiap trade & maksimum 6%. Andai berlaku keadaan dimana kerugian telah mencecah 6% mereka akan berhenti dari trade untuk bulan tersebut.

Melihat kembali sejarah trading aku yang telah 10kali kena margin call, memang aku akui aku tidak mempunyai kemahiran dalam ketiga-tiga perkara tersebut, aku ada sedikit info berkenaan perkara tersebut, tapi tidak nampak bahawa itulah 3 rahsia besar trader2 yang berjaya.

Aku bertekad untuk menguasai ke tiga-tiga perkara tersebut & akan focus untuk membaca buku ini berulang-ulang kali selama sebulan (sepanjang bulan january 2009 ) ini.

Sebenarnya setelah membaca buku ini, keghairahan untuk "making money" agak reda, malah keghairan aku kini adalah untuk "learn how to trade". Lalu aku imbas kembali MissionPossible yang telah aku rancang sebelum ini.

MissionPossible 1 (Modal USD25 jadikan USD50 dalam masa 1 bulan, atau kenaikan 100%)
Risk per trade 2% (0.50cent) maximum 6% $1.50), Oh..rasanya memang mencabar, kerana jumlah spread saja sudah 0.30cent - 0.70cent)

Aku perlu benar2 teliti semasa mencari peluang entry. Kerana 20pip stop loss saja sudah 8% dari jumlah equity aku nanti.Secara teorinya satu trade saja loss akan menyebabkan aku kena kuarantin dari trade akaun real selama sebulan..Oh! Pun begitu, aku telah berpuluh2 kali mendapat profit sebelum ini dengan modal yang sama. Maka aku yakin untuk melakukannya sekali lagi, tambahan pula sudah ada indicator teknik 123profit.

Aku plan untuk trade di akaun demo dulu selama seminggu. Nak dapatkan feel teknik tersebut, andai berjaya trade dengan 20pips direct 20 kali trade tanpa loss akan aku start akaun real minggu berikutnya untuk menyelesaikan MissionPossible 1.

Target minggu ini
1)Nak dapatkan skill teknik 123profit
2)Trade akaun demo & dapatkan 20pips konsisten tanpa loss.
3)Baca buku di atas sekali lagi dengan lebih detail
4)Terus merujuk laman web www.fxddmalay.com untuk dapatkan bahan2 pelajaran lainnya.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM