Tuesday, January 6, 2009

HARI KE-311 (MENCUBA TEKNIK 123PROFIT)

Sepanjang 2 hari pertama tahun baru ini (2009), aku mencuba teknik 123profit yang telah di install minggu lepas. Kelihatannya mudah, hanya perlu menunggu munculnya no3(kuning). Apabila no 3(kuning) itu berada di sebelah atas, aku hanya perlu mengintai peluang untuk sell. Bilamana no3(kuning) tersebut ada di sebelah bawah, hanya perlu mencari peluang untuk buy sahaja. Malah jarak signal no3(kuning) berada di atas dan dibawah adalah tidak kurang dari 60pips, malah kadang2 lebih dari 100pips.

Melihat analisa tersebut, secara logiknya, untuk mencari 20pips adalah sangat mudah. Namun ia tidak begitu kerana, dalam kes semalam beberapa kali signal no3(kuning) tersbut berubah kedudukan.Malah perbezaan kedudukan lama dan baru pernah mencecah 80pips!.
Maksudnya aku tidak boleh bergantung kepada munculnya singnal no3(kuning( sahaja). Kerana kedudukan signal no3 juga akan berubah.

Perkara ke-2 pula, aku dapati persilangan garisan kuning & biru, tidak boleh dijadikan tanda muktamad bahawa market akan berubah arah.

Manakala satu perkara yang agak pasti adalah pembentukan "terowong MA". Apabila terowong semakin sempit, memang jelas, market akan berubah arah. Begitulah juga sebaliknya jika "terowong MA" luas, menandakan trend masih berterusan.

Kedudukan RSI juga memang membantu untuk menentukan market sudah oversold atau overbought. Masalahnya, walaupun ia sudah menunjukkan paras oversold atau overbought, pergerakan terus berlaku.

Kesimpulanya, andai mengikut sahaja kemunculan signal no3(kuning), semalam ada 8 peluang entry. Setiap entry memberi peluang kenaikan dan penurunan minima 60pips. Manakala maksima adalah lebih dari 200pips. Jadi aku memang melihat bahawa untuk mendapatkan 20pips memanglah logik dan mudah, dengan syarat:-

1)Tahu tanda2 bilakan market akan berbalik arah.
2)Momentum pergerakan market

Maka hari ini aku akan menumpukan pemerhatian kepada mencari tanda2 tersebut.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM