Tuesday, December 30, 2008

HARI KE-305 (MARGIN CALL LAGI, kali ke-9)

Hanya dalam tempoh lapan jam, deposit yang baru juga telah hangus...Margin call lagi, rasanya kali yang ke-9 dah ni...

Perkara ini berpunca dari perasaan ingin trade yang membuak-buak walaupun market dalam keadaan tak menentu (market slow & tiada trend). Dan tiba2 berlaku bearish secara tiba2 sejauh 88pip. Ia berlaku dalam beberapa saat di mana aku hanya sempat mengalihkan stoploss yang tadinya 30 pips aku pindahkan kepada 60pips secara tergesa2..tapi masih sempat disentuh.Tambahan pula aku masuk serentak 2 lot. Dengan baki usd10 aku balun lagi 2 lot nak "balas dendam"..akhirnya aku juga yang kecundang....

Berhadapan dengan margin call tidaklah menakutkan aku, apatah lagi sudah kali yang ke-9. Cuma membuang2 masa dan wang sahaja. Apatah lagi ada 19 Missionpossible yang perlu di selesaikan. Maka lebih baik aku menjadi lebih berhati2 dan sabar. Ikut saja strategi yang telah aku rancang, iaitu:-

Trade hanya untuk mendapat 20pip per trade
Trade hanya bila confident dengan keadaan market
Hanya perlu 13 trade yang profit setiap bulan untuk selesaikan setiap mission.

Akhirnya aku register demo akaun untuk meminimumkan risiko terkena margin call lagi.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM