Thursday, December 4, 2008

HARI KE-277 ( Margin Call )

Semalam sekali lagi aku kena margin call.Sehari sebelum tu aku juga kena margin call hanya 1/2hari selepas deposit usd100. Dalam minggu ni rasanya dah 4 kali aku kena margin call. Dah usd200 terbang gitu je...Kalu tukar kat RM dah dekat RM800 tu..dah boleh buat duit belanja raya Qurban yang akan menjelang 2-3hari ni. Malangnya duit aku terkurban di forex ni...

Aku termenung mengenangkan duit yang dah hangus dan citata-cita "trading for a living "melalui forex yang indah tu...; Oh!...dah hampir RM10 ribu rasanya...Apakah pelajaran yang aku belajar selama ini?Mengapa aku terus-menerus kena margin call? Aku depositkan besar hangus, deposit kecil juga hangus...:Apa yang tak kena ni..?

Aku terduduk dan termenung mengimbas kembali sejarah aku mengenal forex ni...

1)Terserempak dengan website http://www.kuasaforex.com (teruja & beli terus ebook)
2)Baca ebook berkali-kali dan trade melalui akaun demo (1 minggu sahaja)
3)Pergi seminar kuasa forex
4)Balik seminar terus depost USD2000 (hangus separuh)
5)Pergi kursus pemantapan trader(balik kursus hangus lagi separuh lagi)
6)lemah semangat, lupakan forex dalam 3 bulan
7)Terserempak dengan website www.usahawanforex.com. Semangat timbul kembali sebab ada mentor yang sudah berjaya "trading for a living".
8)Mentor yang prihatin,selalu telefon, banyak nasihat diterima tapi aku tetap dengan idea sendiri.
9)Trade dengan micro acc (real) dan hangus lagi....berkali-kali kena margin call!
10)Modal dah habis, tinggal modal semangat je...Oh!

Kesimpulan yang aku dapati daripada kegagalan itu adalah seperti berikut:-

1)Tidak ada trading system yang aku betul2 mahir.Asyik tukar2 system je..
2)Tidak cukup berlatih menggunakan akaun demo...
3)Tamak & Terburu-buru.

Jadi apakah tindakan yang patut aku buat?
1)Belajar trading sytem yang telah terbukti berhasil
2)Berlatih acc demo sehingga yakin dengan sistem tersebut
3)Terus membaca sejam sehari berkenan ilmu2 forex
4)Mulakan trading dengan acc real (Micro)

Ringkasnya aku perlu belajar dan terus belajar belum lagi masa untuk trading acc real!!!!!..

No comments:

HARI-HARI SEMALAM