Setelah beberapa kali jatuh tersungkur dalam berdagang forex ini, aku tetap terus bangun dan terus belajar..(terima kasih kepada mentor yang banyak memberi bahan2 belajar yang bagus2..!!!klik di sini).
Aku terus belajar,membaca dan terus membaca(minimum sejam sehari) dan kemudian mempraktikkan ilmu tersebut digelanggang sebenar.Biarpun dengan menggunakan modal yang kecil, tapi lebih umph!!. Andai untung 0.10 centpun, tapi untung betul oooo..."ini betul2...bukan cobaaaaannn" bak kata dialog dalam filem pendekar bujang lapok tu...hehe
Aku ada satu mission yang besar dalam bidang ini. Pada aku besar, tapi pada orang lain mungkin kecik je...
Mission aku adalah untuk menggandakan usd25 ni menjadi usd1juta dalam masa 2 tahun. USD1million kalau tukar pada RM lebih kurang RM3.5 juta..emmm rasanya dah lebih dari cukup untuk aku menyara hidup dengan "kampung lifestye"...
Aku akan rekod setiap pelajaran yang aku dapati, begitu juga dengan pengalaman yang aku perolehi. Andai satu hari nanti mission ini tercapai (InsyaAllah). Maka mereka yang ingin belajar bagaimana ia dicapai, bolehlah merujuk kepada blog ini. Ala-ala "the making of forex millionaire" gamaknya...hehe
hai..bestnya berangan-angan. Ala, bukan kena bayarpun berangan banyak2....
Tapi orang berjaya kata, kalau angan2 kita tu ada strategi dan tindakan ia bukan lagi disebut angan2 tapi dipanggil matlamat. Dan majoriti orang yang berjaya mencapai matlamat mereka mempunyai habit yang sama, iaitu menulis matlamat mereka dengan cukup jelas dan terperinci.
Dalam kes ini, akupun dah tulis matlamat yang ingin dicapai. Aku namakan sebagai MISSIONPOSSIBLE...ehem..doakan ye..
MISSION 1 DEC 2008 MODAL USD25 JADIKAN USD50
MISSION 2 JAN 2009 MODAL USD50 JADIKAN USD100
MISSION 3 FEB 2009 MODAL USD100 JADIKAN USD200
MISSION 4 MAC 2009 MODAL USD200 JADIKAN USD400
MISSION 5 APR 2009 MODAL USD400 JADIKAN USD800
MISSION 6 MAY2009 MODAL USD800 JADIKAN USD1600(KELUARKAN $600 NAK RASA HASIL PERTAMA rasanya nak beli laptop tu..ehem!)
MISSION 7 JUN 2009 MODAL USD1000 JADIKAN USD2000
MISSION 8 JUL 2009 MODAL USD2000 JADIKAN USD4000
MISSION 9 OGO 2009 MODAL USD4000 JADIKAN USD8000
MISSION 10 SEP 2009 MODAL USD8000 JADIKAN USD16000(KELUARKAN $6000 NAK RASA HASIL FOREX YANG KE-2, nak beli alat2 yang lebih canggih untuk keperluan trading)
MISSION 11 OCT 2009 MODAL USD10K JADIKAN USD20K
MISSION 12 NOV 2009 MODAL USD20K JADIKAN USD40K
MISSION 13 DEC 2009 MODAL USD40K JADIKAN USD80K
MISSIOM 14 JAN 2010 MODAL USD80K JADIKAN USD160K(KELUARKAN $60,000 NAK RASA HASIL FOREX YANG KE-3, nak setle hutang yang banyak tu..nak jadi freeman!!!)
MISSION 15 FEB 2010 MODAL USD100K JADIKAN USD200K
MISSON 16 MAC 2010 MODAL USD200K JADIKAN USD400K
MISSION 17 APRIL 2010 MODAL USD400K JADIKAN USD800K
MISSION18 MAY 2010 MODAL USD800K JADIKAN USD1.6MILLION(KELUARKAN $600K NAK RASA HASIL FOREX YANG KE-4, nak buat rumah kat kawasan kg & start my dream to live "kampungstye"...woooo bestnya!)
MISSION19 JUN 2010 MODAL USD1MILLION JADIKAN USD2MILLION
MISSION 20 JUL 2010 MODAL USD2MILLION JADIKAN USD4MILION (Ini optional je, sekadar nak lengkapkan jadi 20 Mission.... sebab nanti letih pulak nak jaga duit usd4million tu(RM14juta), ulamak kata "milik kita belum tentu rezeki kita"....
Ya Allah, andai sudah ditakdirkan olehMu bahawa rezekiku melalui cara ini, mudahkanklah urusan ini Ya Allah..dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus taat perintahMU.
Jadikanlah rezeki yang melimpah-ruah ini supaya memberi manfaat kepada urusan dunia dan akhiratku dan seterusnya dapat pula aku memberi manfaat kepada orang2 lain....Amin,amin ya Rabbalalamin....
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment