Sudah setengah bulan aku tidak update blog ini. Pun begitu, ada beberapa peristiwa yang berlaku yang membuat aku berasa semakin bersemangat untuk terus bangun meneruskan langkah menjadi seorang trader yang berhasil.
Dua hari lepas mentor ada menelefon bertanya khabar. Aku cukup teruja bila mendengar berita bahawa modal tradingnya yang bermula dari USD100 itu sudah mencapai RM1juta. (tapi lupa pula nak tanya RM1juta ke USD1juta..).Tapi yang lebih penting adalah aku mempunyai seorang mentor yang prihatin, yang tidak pernah melupakan anak didiknya yang degil ini. Yang selalu suka ikut kepala sendiri. Selepas kena margin call 2 minggu lepas, aku depositkan lagi USD25 dan kena lagi margin call dalam masa 2 jam sahaja..adoooiii!
Aku berasa cukup bersyukur dipertemukan dengan mentor yang perihatin. Yang bersungguh-sungguh ingin melihat kejayaan orang lain dalam bidang ini. Apatah lagi bila mana beliau tidak mengenakan sebarang bayaran!
Namun berapa lama aku harus berada dalam keadaan ini. Sentiasa cuba nak explore something unknown?yang selalu berakhir dengan kehilangan duit. USD25 nampak kecil, tapi kalau dah berkali-kali kena, terasa rugi juga..Oh!
Alangkah bagusnya kalau aku ikut saja nasihat mentor...
Semalam mentor ada email satu teknik simple untuk mendapatkan 20pips sehari.Khabarnya inilah teknik yang digunakannya sejak lebih setahun yang lalu, dan berjaya mencapai targetnya!
Dan aku berazam untuk study teknik itu sungguh2 dan target 20pips setiap hari.
Planing aku adalah untuk dapatkan increment 100% setiap bulan dengan mengunakan target profit hanya 20pip setiap hari.
Dibawah ini adalah plan yang selalu terbayang2 dalam imaginasi aku.
Bermula dengan modal usd25,pada bulan pertama. Keuntungan 20pip adalah bersamaan dengan usd2 (1 pip =10cent). Aku akan dapatkan profit 20pip sehari sebanyak 13 kali (usd2 x 13 = usd26); Maka modal usd25 + usd26(keuntungan) =usd51
Bulan ke-2 :Modal usd51
Trading sebanyak 13 kali dengan keuntungan 20pip setiap satu; bezanya setiap kali trade aku akan masuk market dengan 2 lot.Maknanya 20pip x 10cent=usd2x 2lot =usd4 per trade x 13kali trade =usd52 (100% increment) + dengan modal awal usd51=usd103
Bulan ke-3 Modal usd103
Trading dengan strategi seperti bulan ke-2; bezanya saiz lot adalah 4lot per trade.
keuntungan adalah seperti berikut: Usd2 x 4lot=usd8per trade x 13 trade =usd104 campur dengan modal =usd207(103+14)
Bulan ke-4: Modal usd207
Masih lagi dengan strategi gunakan hanya 10% dari modal, target keuntungan hanya 20pip sehari dan hanya 13 kali trade sebulan.
Keuntungan bulan ke-4 adalah seperti ini 8lot x usd2x13=usd208 (increment 100%)
Bulan ke-5: Modal usd415
Menggunakan strategi seperti bulan ke-4, target bulan ini adalah seperti dibawah
16lot x usd2x13 =usd416
Bulan ke-6: Modal usd831
Gunakan strategi yang sama seperti bulan lepas,bezanya hanya saiz lot bertambah sekali ganda
32lot x usd2 x13=usd832
Bulan ke-7 : Modal usd1663 (hanya gunakan usd100/trade)
Bulan ini walaupun aku mempunyai modal lebih dari seribu dolar, namun tetap dengan strategi hanya menggunakan 10% atau kurang 10% dari jumlah modal setiap kali trade. iaitu usd100
Dengan usd100 aku akan trade sebanyak 40lot setiap hari.Maka kira-kiranya adalah seperti berikut 40lot(micro-usd2.5/lot) xusd2(20pip x0.10cent) x 13 trade (13 hari)=usd1040
Bulan ke-8: Modal usd2703 (hanya gunakan usd200/trade)
dengan strategi yang sama seperti bulan ke-7, kira2 adalah seperti berikut:
80lot x usd2 x 13 trade =usd2080
Bulan ke-9 : Modal 4783 (hanya gunakan usd400/trade)
160lot x usd2 x 13 trade = usd4160 (micro acc di fxcm hanya membenarkan modal max sebanyak usd5000 sahaja)
Bulan ke-10 : Modal usd8943 (Pindah ke acc Mini- usd50per lot dengan keuntungan usd1/pip)
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment