Sudah 12 hari aku tidak update blog ini. Namun sebenarnya dalam hampir 2 minggu itu, ada beberapa perkara yang telah berlaku.
1)Aku buka micro acc di FXCM dan depositkan USD25. Plan nak start trade bila dah traning acc demo selama sekurang-kurangnya dua bulan. Malangnya aku tak dapat menahan diri untuk "buat duit" dan akhirnya aku trade dengan gelojohnya dan USD25 itu lesap dalam satu hari. Aku pecah rekod dunia aku sendiri dengan trade sebanyak 65kali dalam satu hari. Aku trade macam makan kacang goreng aje...lepas satu open aku close, dan lepas close akun open balik. Hujungnya setelah 65trade (35 trade untung & 30 trade rugi) duit USD25 lesap!!!
2)Aku buka akaun demo USD50,000 dan aku lesapkan juga dalam 1 hari
3)Aku beli indikator ni USD77
3)Aku buka lagi akaun demo USD50,000 dalam dua hari bertambah USD115,000, tapi pada hari ketiga kena margin call lagi..!!
Akhirnya aku terduduk dan berfikir. Modal sekecil USD25 lesap dalam satu hari dan USD100,000 juga telah lesap dalam satu hari. Maknanya jumlah modal bukanlah paling utama.
Baru aku sedar apa maknanya "money management" dalam setiap e-book yang aku baca.
Aku perasaan, sudah hampir 2 minggu aku tidak menghubungi mentor. Aku buat ikut kepala sendiri. Cuba nak "reinvent tyre". Nasihat diberi tak diikuti akhirnya inilah padahnya...
Masuk angin keluar asap...
Mulai hari ini aku tak nak ikut kepala aku sendiri lagi. Sebabnya aku memang tak tahu apa2 dalam trading forex ni.Aku aku teruskan kedegilan aku ni, maknanya semakin banyaklah duit dan masa akan habis sia-sia...
Mulai hari ni aku akan lakukan perkara2 berikut:-
1)Membaca satu jam sehari untuk menambah ilmu forex
2)Beli signal wss dan berlatih hingga mahir
3)Akan berlatih trade di akaun demo untuk mendapatkan hanya 20pips sehari (hanya fokus pada 20pips bukan pada jumlah keuntungan @ kerugian)
4)Hanya fokus pada GBP/USD sahaja
5)Sentiasa berhubung dengan mentor untuk guide & nasihat.
6)Akan mula trade akaun real setelah capai target di akaun demo.
Saturday, November 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment