Friday, January 16, 2009

HARI KE-322 (MARGIN CALL LAGI...KALI KE-13

Dengan baki $40 itu, aku meneruskan memulakan sekali lagi untuk menyelesaikan MissionPossible 1. Dari pagi sampai ke petang, membawa ke malam akhirnya equity bertambah menjadi $67....namun sekali aku tidak dapat menahan diri untuk terus trade dan trade dan trade..sehingga aku tenggelam dalam keasyikan trade dan keserakan sehingga aku tersedar setelah margin call lagi....kali ke -13.

Aku rasa agak moody, tapi sebentar sahaja, aku percaya masalah untuk mendapatkan profit tidak lagi menjadi masalah cuma masalahnya sekarang adalah bagaimana untuk mengatasi ketagihan trade...!

Aku mesti mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah ini. Dan aku percaya tentu ada caranya....

Adik aku Fatah memaklumkan semalam telahpun berjaya menyelasaikan MissionPossible 2 dalam tempoh 3 hari!. Isteri aku pula bertanya setakat mana progress aku setakat ini..

Aku maklumkan aku masih dalam traning lagi, sudah tentu dia akan terperanjat kodok andai di ketahuinya aku dan 13 kali gagal dalam menyelesaikan MissionPossible...paling tinggi sehingga MP2..selepas tu margin call,dan lagi dan lagi....

Walau bagaimanapun aku tetap yakin , aku akan berjaya menyelesaikan MissionPossible itu..
Hanya beberapa langkah sahaja untuk menemui formula itu...

Ya Allah, mudahkanlah urusan ini...

No comments:

HARI-HARI SEMALAM