Setelah 3 hari menjalani eksperimen mencari trading teknik, akhirnya aku menjumpai satu teknik yang sungguh mudah & selamat untuk mendapatkan 20pips sehari. Dengannya aku bereksperiment di akaun demo, dan memang benar berjaya mendapat keuntungan untuk 20pips 13 kali berturut-turut!. Dengan begitu excited aku segera mendepositkan USD25 untuk berusaha menyelesaikan MissioonPossible sekali lagi (setelah gagal 11 kali! percubaan).
Inilah bukti keberkesanan teknik itu. Berjaya menyelesaikan MissionPossible 1 kurang dari 24 jam dengan trade yang begitu minima..
...dan seterusnya menggunakan teknik yang sama, MissionPossible 2 berjaya di selesaikan hanya dalam masa 2 jam!. Namun, kerana ketamakan dan keserakahan itu, aku kena lagi "margin call" Keadaan itu berlaku kerana aku telah enter 10 lot sekali gus dan bila market againts aku tambah lagi 10 lot!..maknanya aku trade 20lot atau 50% dari modal yang ada. Akhirnya dalam masa beberapa saat saja aku kena margin call kali yang ke-12!.
Aku bernasib baik kerana deposit masih berbaki lagi...(20 lot x $2.50/lot = $50) setelah di tolak beberapa trade yang loss akhirnya baki yang tinggal adalah $40.
Aku terpaksa bermula sekali lagi.....Oh!
Namun begitu, setelah 12 kali gagal menyelesaikan MissionPossible 1, aku telah menjumpai beberapa berkara yang semakin mendekatkan aku kepada formula yang aku cari2 selama ini..
1)Aku sudah menjumpai strategi mudah untuk mendapatkan 20pips per trade.
2)Aku juga telah membuktikan bahawa untuk mencai 5 trade sehari adalah logik dan praktikal
Maka, sekarang aku semakin yakin, dan telah melihat dalam minda untuk menyelesaikan MissionPossible 1 hingga 12 pada tahun ini adalah sangat2 Possible!
Cuma ada satu saja halangan, iaitu untuk master psychology of trading.Iaitu untuk mempunyai emosi yang stabil dan berdisiplin.
Maka tumpuan aku seterusnya adalah untuk mendapatkan cara atau strategi menstabilkan emosi dan berdisiplin..
Apakah kaedah itu?
No comments:
Post a Comment