Wednesday, April 16, 2008

HARI KE- 40(Mula berdagang Forex!(Acc Demo)

Aku habis membaca ebook"kuasa forex" dalam masa sehari saja. Malah aku juga print dan binding. Aku letakkan di atas tilam dan setiap malam aku akan mengulangkaji hingga terlelap. Aku mengikut semua apa yang disuruh didalam ebook tersebut. Membuat setting di dalam komputer hinggalah mendaftar akaun dem0 dari FXCM. Semuanya berjaya, Alhamdulillah..!. Malah hari ini sudah masuk hari kedua aku berdagang forex. Setiap hasil aku catatkan kerana itu yang disuruh di dalam ebook tersebut.

Mula berdagang mempunyai cabarannya tersendiri. Aku cukup berdebar, walau hakikatnya ini hanyalah akaun demo(olok2). Namun aku memperlakukannya dengan serius. Malangnya aku berdagang hanya berbekalkan ilmu yang terdapat dalam ebook itu, yang baru dua hari aku memilikinya. Sedang pada masa yang sama aku masih terkial-kial untuk memahami paparan pada platform trading FXCM, aku turut berpeluh untuk memahami pergerakan pasaran yang berada di depanku. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Namun atas keinginan kuat untuk mendapatkan pengalaman yang paling praktikal secepat mungkin, aku gagahi juga. Dan hasilnya, dagangan pertama yang aku beli serta-merta bertukar kerugian sebanya USD47. Ini berpunca kerana aku tersilap klik butang sell yang sepatutnya aku klik pada butang buy.

Aku cuba lagi lot yang kedua. Wah!..aku untung USD33. Akhirnya akaun demo sebanyak USD50,000 itu berbaki USD49,986.

Aku cuba lagi lot yang ketiga. Kali ini begitu lama aku menunggu market untuk mencacah harga yang aku order, sehingga aku tepaksa tinggalkan tidur. Esoknya setelah aku bangun, alhamdulillah..lot ketiga itu juga profit sebanyak USD10.

Hari kedua aku berdagang dengan lebih bersedia. Aku menganalisa indicator kuasa forex seperti yang diberitahu dalam ebook tersebut. dah hasilnya aku untung USD156 dalam masa tidak sampai 5 minit. ( yang lucunya aku terpaksa menghubungi crew broker untuk mengajar aku bagaimana cara close position)

Lot kelima aku cuba memasuki lagi pasaran. Alhamdulillah untung lagi USD100

Lot keenam aku telah membuat satu kesilapan dan aku terpaksa menerima floating loss sebanyak USD442.(Aku masih tidak tahu dari mana datangnya floating loss ini

Dalam keadaan sedang terpingga-pingga mencari jawapan pada lot keenam itu, aku perhatikan pasaran kelihatan bergerak semakin rendah. Maka aku membeli satu lagi lot. Malangnya dengan serta merta aku rugi sebanyak USD44.)

Pelajaran hari ini adalah,
1)Teliti bila membuat order, jangan cuai
2)Pastikan dengan teliti kedudukan harga sama ada sudah hampir pada garisan sup/Res
3)Jadikan teknik meletak stop loss sebagai satu kemestian pada setiap order.
4)Tentukan berapa keuntungan yang dikehendaki pada hari ini, dan tutup pc setalah mencapainya.Disiplin dalam bertrading.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM