Hari ini aku sudah memiliki debit card yang aku buat di cawangan Maybank tempohari. Malah aku juga sudah menerima ebook"kuasa forex" yang aku tempah. Begitu excited aku membaca ebook itu. Benar-benar memberi harapan untuk mendapatkan RMpertama aku melalui internet.
Selepas ini aku membuat keputusan untuk mendaftar seminar secepat mungkin. Yurannya RM500.Rancangan aku seterusnya adalah untuk mahir trading pada acc demo mengikut target yang diberikan, iaitu kembangkan USD300 menjadi USD600 dalam masa sebulan, dan seterusnya menjadi USD1200 pada bulan kedua dan USD2400 pada bulan ketiga. Seterunya hingga menjadi USD600,000 dalam tempoh setahun atau RM2.1juta!!!!.
Aku juga telah membuat keputusan untuk hanya menumpukan pada trading forex sebagai perniagaan internet aku, berbeza dengan matlamat yang telah aku tuliskan sebelum ini.
InsyaAllah semoga strategi aku kali ini akan berhasil.
Tuesday, April 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment