Tuesday, March 11, 2008

HARI KE-6 (jalan pintas?)

Oh!, sudah masuk hari ke-6 rupanya, esok genap seminggu aku blogging. tapi aku rasa macam belum tahu arah. Macam tenggelam punca pula. Kalau nak belajar satu persatu kesemua teknik dan tool blog ini, rasanya terlalu lama. Rasa macam membazir masa pula. Mahu tahu tool RSS dan podcasting saja sudah mencabar sabar aku. Oh!..Matlamat aku bukannya nak "expert" hal teknikal. Aku mahu "expert" mencipta duit dari blog. Mahu menjana pendapatan dari internet. Mahu bekerja dari rumah.
Adakah jalan pintas?. Bagaimana kalau aku bertanya terus pada mereka yang telah berhasil?. Mereka yang telah lama mencipta pendapatan dari internet. Sudah merasa duit dari bisnes internet. Sedang menikmati hidup yang merdeka dan bebas. Tidak lagi terbelenggu dengan peraturan kerja yang rutin dan membosankan. Pada siapa harus aku bertanya?

No comments:

HARI-HARI SEMALAM