Hari ini aku lebih cenderung membaca ulasan-ulasan pilihanraya. Seronok baca komen orang kalah dan yang menang.
Hari ini juga aku sekadar meninjau-ninjau blog orang lain, sambil membaca buku2 motivasi untuk menaikkan semangat. Memang betul kata2 orang berjaya, "bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah". Semangat ini memang kena jaga. Semangat memang turun naik. Sekejap panas sekejap sejuk, macam cuaca pula. Harap2 tidaklah jadi "hangat-hangat tahi ayam".
Membaca buku di atas membuat semangat aku pulih kembali. Antara pesanan yang melekat di hati adalah "perlunya mencari bisnes yang serasi dengan jiwa". Aku cukup setuju!, dan rasanya bisnes yang sedang aku usahakan ini memang sesuai dengan jiwa
Oh!...Aku masih tercari-cari cara nak buat screenshots. Aku juga sedang belajar tool RSS (Really Simple Syndication). Iaitu satu kod pengaturcaraan yang membolehkan blog/web disebar secara automatik. Begitu juga dengan Podcasting (satu kaedah mengedar fail2 multimedia untuk dimainkan semula dalam gajet2 elektronik atau PC. Kadang-kadang kepala rasa nak "jem" dan berpinar-pinar mata bila mengadap PC lama-lama. Tapi inilah pengorbanan yang mesti aku tempuhi. Semoga esok lebih bersemangat dari hari ini.
No comments:
Post a Comment