Wednesday, January 28, 2009

HARI KE-334 (Margin Call lagi..kali ke 14!)

Hanya dalam masa sepuluh hari, impian yang indah itu lebur...
Inilah permulaan hari yang penuh dengan impian indah..
Setelah mengalami Margin call kali yang ke -14 ini, aku buat satu kesimpulan bahawa, ia berpunca dari Money Management yang lemah.
Aku mampu untuk mencipta trade-trade yang profit, namun akhirnya segalanya hancur berkecai hanya kerana beberapa trade yang loss. Andai aku menggunakan nasihat risk limited kepada 2% sahaja per trade, ianya memerlukan 50 trade yang loss untuk terkena margin call. Tanpanya dengan hanya 2-3 trade yang loss equity aku hancur lebur.
Aku rasa kecewa,sedih dan marah pada diri sendiri. Namun aku perlu bangkit kembali. Aku telah berjanji pada diri sendiri untuk terus bangkit menyelesaikan MissionPossible itu walau berapa kalipun aku jatuh!
Aku akan bermula sekali lagi. Namun aku perlu membuat keputusan untuk bermula dengan usd25 atau usd100...
Apa yang utama sekarang adalah untuk trade menggunakan stop loss 2% per trade.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM