Monday, December 29, 2008

HARI KE-303 (BERMULA SEKALI LAGI)

MISSIONPOSSIBLE 1&2 telah berjaya di capai dalam masa kurang seminggu (plan asal adalah dalam 3 bulan), namun hari ini aku terpaksa bermula sekali lagi untuk menyelesaikan MISSIONPOSSIBLE 1.(MP1)

Perkara ini berlaku kerana kesalahan yang aku lakukan sendiri.Kesalahan2 tersebut adalah:-
1)Trade pada masa sideways (pergerakan harga kurang dari 40pips)
2)Oversize trade.(menggunakan lebih dari 10% modal)

Kesalahan2 ini membuatkan aku kehilangan semua keuntungan dan bermula sekali lagi dengan modal asal usd25. MP1 adalah untuk mengembangkannya menjadi usd50 dalam tempoh sebulan atau peningkatan sebanyak 100%.

Namun aku tetap yakin untuk meneruskan missionpossible ini sehingga selesai walau bagaimana sukar sekalipun. Walau berapa kali aku terpaksa bermula sekali lagi, aku tetap akan melakukannya.

Sempena Maal Hijrah 1430 ini dan bertepatan pula dengan 1 Muharram pada hari ini, aku berazam untuk menyelesaikan MP1 hingga MP 12 pada tahun ini.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM