Monday, October 6, 2008

HARI KE-215 (MULA SEKALI LAGI..)

Dikira-kira sudah 3 bulan aku tidak update blog ini. Kali terakhir adalah pada hari yang ke 123. Cita-cita untuk menjana pendapatan di internet dalam 100 hari ternyata belum berjaya.

Namun pada sisi lain aku sebenarnya sudah berjaya menemui jalannya. Iaitu melalui jalan berdagang FOREX. Hati kecilku terus mengatakan itulah yang paling menepati segala syarat yang telah aku tetapkan. Percubaan awal tanpa ilmu yang mencukupi membuat aku kehilangan semua wang simpanan. Memang pahit dan menyakitkan...

Tetapi terus bersedih dan tidak melakukan apa-apa tidak juga mengubah keadaan. Akhirnya aku perlu kuat untuk bermula sekali lagi...

No comments:

HARI-HARI SEMALAM