Tepat jam 9.35mlm, blog ini telah terbina. Langkah satu untuk mencapai cita-cita bekerja dari rumah. Seingat aku sudah hampir sebulan aku membaca. Membaca untuk cuba memahami apa sebenarnya yang dikatakan bekerja dari rumah. Aku juga cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan perniagaan internet. Beberapa buah buku berkaitan perniagaan internet yang aku baca seringkali menyebut perkatan "blog" dan "blogger".
Semakin banyak aku membaca maka semakin aku memahami erti perkataan itu. Aku semakin faham fungsi blog, dan aku menjadi semakin jelas faedah kewujudan blog ini. Malangnya aku masih tidak melakukan apa-apa. Aku masih tidak bertindak. Aku masih terus membaca dan membaca sehingga terasa kepala aku sudah sarat dengan maklumat, sehinggalah petang tadi aku membaca sebuah buku yang baru aku beli bertajuk "Buat Duit Dari Rumah" tulisan Mohd Rozani Pawan Chek.
Petang tadi aku membaca buku itu di dalam bilik. Sekali imbas seolah seperti tiada maklumat baru. Hampir sama saja dengan buku-buku lain yang pernah aku baca sebelum ini. Sampai aku pada muka surat 33, aku seolah termotivasi untuk bertindak. Lalu aku segera meletakkan buku dan meluru ke PC. Ada beberapa perkara yang telah aku lakukan (akan aku ceritakan kemudian). Sejurus kembali dari masjid selepas solat isya' aku segera kembali mengadap PC. Saat itulah langkah pertama aku ambil. Akhirnya aku berjaya memiliki sebuah blog. Alhamdulillah..
Thursday, March 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment