Sunday, March 30, 2008

HARI KE-25(Vemmabuilder)

Hari ini aku membaca ebook yang aku beli dari smartzul tempoh hari. Oh!, tidaklah semudah yang aku sangka. Ada beberapa perkara teknikal yang terpaksa aku tekuni juga. Ia tentu memakan masa . Hari ini sekali lagi aku menerima email dari Pn Noraini.
Vemmabuilder ini menarik perhatian aku, kerana kecanggihan teknologinya. Perniagaan MLM yang dilakukan secara online. Memang manarik. Tambahan pula ia masih baru di pasaran Malaysia. Sedang perniagaan secara konvensionalnya telah berkembang ke 57buah negara.
Dia mencadangkan aku mulakan dengan pakej alltimate Rm4000++ atau sekurang2nya dengan pek silver RM2000++.
Sebenarnya aku boleh bermula dengan pakej permulaan iaitu RM470 sahaja. Walaupun ia kelihatan menarik tetapi aku perlu lakukan solat istikharah dahulu. Moga Allah tunjukkan aku apakah pilihan yang terbaik. InsyaAllah aku akan mulakan pada malam ini(selama 7hari berturut-turut). Rasanya aku tidak perlu terburu-buru. Pengalaman lalu telah mengajar aku begitu.
Secara dasarnya aku memang percaya dengan perniagaan MLM. Dari hasil bacaan dan pengalaman lalu, aku tetap yakin MLM adalah satu perniagaan yang paling ideal untuk mencapai kebebasan kewangan dan masa. Adanya sokongan sistem canggih memudahkan lagi. Aku sudah mula membayangkan impian yang akan tercapai dalam masa 2tahun lagi. Rasanya seperti terbit suatu keyakinan.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM