Monday, March 24, 2008

HARI KE-20(Menulis matlamat..)

Hari ini aku banyak merayau-rayau melalui link yang aku dapat daripada email. Akhirnya aku sampai ke laman web ini. Aku mendapat satu ebook percuma dari sini. Oh!..sungguh memberi manfaat. Semoga ditambahkan rezeki penulisnya.Amin...Cetusan dari membaca ebook itu aku mendapat satu sinar untuk merangka matlamat. Proses menulis matlamat ini sungguh mengujakan, mata terus segar walau jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi! Draft matlamat itu aku tulis di atas katil. Meniarap dengan background dendangan lagu dari Kelantan FM yang aku dengar dari hp.

Aku lakarkan strategi kepada 3 langkah.
langkah1) Membina matlamat
langkah 2)Cari maklumat+belajar
langkah3)Buat

Menulis matlamat
Oh!..bahagian ini yang membuat imaginasi aku terbang melayang2 entah kemana, tapi memang menyeronokkan. Aku ingin menjalankan bisnes internet untuk mencapai matlamat2 ini.
1) Income 10ribu sebulan(dalam masa 2 tahun)

2)Mengadap pc hanya 2 jam sehari.

3)Aku akan fokus untuk menjadi pemasar ebook sahaja. Ebook orang lain atau yang aku tulis sendiri.

4)Aku mahu mencapai income tersebut dengan sistem 100% automatik

5)Aku juga mahu menulis sebuah buku fizikal(setelah mencapa matlamat2 tersebut) yang akan diterbitkan oleh PTS Professional.

6)Aktiviti semasa mengadap pc adalah aktiviti yang menyeronokkan seperti:memberi motivasi, mengerat silaturrahim dan berdakwah.

7)Aku hanya akan tumpukan pasaran berbahasa Malaysia sahaja

8)Pasaran berbahasa Inggeris adalah strategi fasa berikutnya (jika mahu)

9)Aku akan fokus pada 2 kemahiran sahaja. Iaitu menghasilkan ebook dan mamasarkan dengan berkesan

10)Aku akan bina list yang mantap dan boleh memberikan RM10,000 pada bila-bila masa sahaja yang aku mahu.

11)Matlamat aku menjalankan bisnes internet adalah untuk mendapatkan satu sumber kewangan yang mencukupi dan masa yang bebas untuk mencapai matlamat yang lebih utama. Iaitu kejayaan kehidupan di akhirat.

No comments:

HARI-HARI SEMALAM